Flash Note:
Menghadapi tahun 2018 dengan penuh tekad
dan keazaman untuk menjadi lebih baik dan
ebih cemerlang....
Home » » Duduk Tawaruk Dan Duduk Iftirasy

Duduk Tawaruk Dan Duduk Iftirasy

Written By Ex-Editor on Sunday, July 21, 2013 | 6:49 PM

Pada minggu lepas, ketika menunggu waktu untuk solat sunat Dhuha, Ust Fauzi selaku imam pada afi itu telah menyentuh tentang Sunat Hai'ah dan  Sunat Ab'ad yang selalu kita abaikan. Ramai pelajar yang tidak faham dan tahu apakah dia Sunat Hai'ah. Jadi dalam ruangan ini penulis ingin menyentuh salah satu daripada Sunat Hai'ah.

Tahukah anda apakah dia Duduk Tawaruk dan Duduk Iftirasy? Duduk Tawarak dan Duduk Iftirasy adalah salah satu daripada 16 Sunat Hai 'at yang terkandung dalam solat seharian kita. Tawaruk adalah keadaan duduk ketika membaca tasyahud akhid.Caranya ialah dengan menyengetkan punggung ke kiri hingga dia duduk di atas lantai,serta mendirikan kaki kanan nya, dan memasukkan kaki kiri di bawah kaki kanan..

Sementara itu, Iftirasy pula ialah duduk di atas buku lali kiri dan mendirikan kaki kanan di atas hujung jari-jarinya.
Kedudukan Yang Betul Ketika Duduk Selepas Bangkit Dari Sujud
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Humaid al Sa'idi  r.a, yang bermaksud:
Saya adalah orang yang paling memerhatikan solat Rasulullah SAW....(sehingga katanya) apabila Baginda duduk pada dua rakaat(yang pertama), dia duduk di atas kakinya yang kiri dan mendirikan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada rakaat akhir, dia menghulurkan kaki kirinya dan mendirikan kaki kanannya, sambil mendudukkan papan punggungnya(di atas lantai)

(Riwayat al-Bukhari dalam sahih al Bukhari, Kitab Azan:Bab sunat duduk pada tasyahud)

Jadi mulai hari ini,marilah kita perbetulkan solat kita agar apa yang kita lakukan menjadi pelengkap dan mengindahkan solat kita..Sekian, Wallahua'lam
Share this article :

Post a Comment

Search This Blog

Followers

Subscribe Me

Subscribe via RSS Feed If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. SMKTIZ - All Rights Reserved
Template Oktar Oleh Zulbmohd
Proudly powered by Blogger