Flash Note:
Menghadapi tahun 2018 dengan penuh tekad
dan keazaman untuk menjadi lebih baik dan
ebih cemerlang....

Paparan Muka Utama

Latest Post
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Guru cantik, bergaya tarik perhatian anak didik

Written By Ex-Editor on Tuesday, July 19, 2016 | 8:11 PM


MELANGKAH
masuk dalam kelas, mata pelajar tak kelip memandang cikgu, mulut hampir terlopong. Tak sabar menanti aksi cikgu mengajar di depan kelas. Semangat hendak belajar bertukar jadi lain macam.

Setiap butir bicara dari bibir cikgu itu dinanti. Sambil itu, dari hujung rambut sampai hujung kaki cikgu itu diperhatikan. Tambah pula si cikgu bijak mengatur bicara dan gelagat diri.

Itu penangan aura dibawa guru cantik dan bergaya tidak kira gender, automatik perwatakannya akan berjaya menarik perhatian kebanyakan pelajar.

Malah tulisan Ab. Aziz Yusuf dalam buku terbitan Universiti Utara Malaysia bertajuk Pembangunan Modal Insan, Teras Pendidikan Negara (2009) juga ada menyentuh mengenai kepentingan aura dalam pembangunan modal insan. 

Guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Satak, Raub, Pahang, Wan Mohd Khairi Wan Hassan, 29, antara berjaya memanipulasikan auranya. Di laman Instagram miliknya @vnkery  sahaja cecah lebih 37k pengikut terdiri murid, peminat dan kalangan guru sendiri.

Melihat wajah dan penampilannya bersahaja, pasti ramai menyangka beliau seorang model atau pun artis. Hakikatnya, sudah enam tahun pemegang Ijazah Sarjana Muda Perguruan Reka Bentuk dan Teknologi ini bergelar pendidik.

Menurut Mohd Khairi, beliau sendiri sebenarnya seorang yang mementingkan penampilan khususnya apabila melangkah keluar dari rumah.

"Bagi saya penampilan diri seseorang guru itu penting, barulah murid pun ada semangat nak belajar. Tambahan pula saya mengajar di sekolah Orang Asli, sudah tentu guru antara ikon untuk mereka contohi, terutama dari aspek penjagaan kebersihan diri.

"Walaupun gemar bergaya cara sendiri, namun seperti saya tetap tertakluk etika berpakaian penjawat awam yang perlu dipatuhi," kata suami kepada Nurhartini Mohd Ghani, 29, berasal dari Setiu, Terengganu ini.

Penerima Anugerah Guru Ikon 2016 sempena sambutan Hari Guru peringkat Daerah Raub ini juga gemarkan pendekatan muzik dalam mendidik muridnya. Hasilnya, menurut Khairi, dari 'kosong' perkembangan seni muzik, SK Satak kini sampai ke peringkat kebangsaan, misalnya terlibat persembahan bagi acara rasmi kerajaan.

Gemar berkongsi momen di Instagram, katanya kadangkala ia bertujuan berkongsi cara pendekatannya terhadap murid dengan guru lain.

Bantu yakin diri


Guru, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 24, juga mengakui aura  pendidik main peranan penting.
"Tidak salah jika cikgu hendak bergaya ke sekolah, namun harus ikut etika berpakaian ditetapkan bagi penjawat awam seperti saya sendiri. Tambahan cara berpakaian bantu menaikkan keyakinan diri guru itu sendiri.

"Personaliti guru juga beri kesan siapa melihat dan tarik perhatian, terutama murid sekolah rendah. Guru kemas, cantik dan bersih, pasti beri contoh pada murid," katanya.

Penyanyi dikenali dengan nama Tasha Manshahar ini mengakui lebih gemar tampil berpakaian polos apabila mengajar di sekolah. Tasha berkata, walaupun bergelar artis, beliau bawa diri sebagai guru biasa apabila mengajar di sekolah.

"Biasanya aura artis itu saya tinggalkan di luar pagar sekolah. Saya tak mahu ada jurang dengan guru-guru dan murid di sekolah.

"Saya gemarkan pendekatan permainan, mewarna dan muzik bila mengajar. Yang penting murid belajar dalam keadaan seronok," katanya.

Apa pun bagi GPS, penampilan Tasha yang sederhana tetap punya aura tersendiri menarik perhatian muridnya.

"Wow, hensemnya cikgu hari ini?"

"Cikgu selalu nampak cantiklah."

"Eh, itulah cikgu yang aku suka."

Boleh dikatakan murid-murid cuci mata apabila nampak cikgu yang kacak, cantik dan bergaya datang di kelas. Pasti hilang rasa mengantuk. Tambahan pula cikgu tersebut bijak mengajar dan pandai mendekati hati murid.

Tidak hairanlah jika sebilangan guru menjadi viral di laman sosial apabila dirinya persis artis popular dari segi paras rupa dan penampilan.  Mungkin ada yang tertanya adakah mereka yang dilihat dari luaran itu sehebat dengan kemahirannya dalam mengajar serta mendidik murid.  

Pengarah Pusat Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Noraini Ahmad berkata, apabila bercakap mengenai penampilan diri, bukan sahaja guru malah sesiapa sahaja perlu jaga. Penampilan yang menarik bukanlah yang dimaksudkan berpakaian seksi dan solekan tebal. Itu adalah istilah yang tersasar, sebaliknya ia merujuk elemen bersih dan kemas.

"Apa yang dimaksudkan di sini adalah pakaian yang kemas, tidak menjolok mata dan beretika. Si pemakai tahu memilih rekaan pakaian yang sesuai untuk dirinya, pemilihan warna dan kekemasan. Selain itu, faktor lain menarik hati seseorang itu adalah perilakunya.

"Jika baju berwarna kusam dan gelap, ia kurang ceria. Aura warna tertentu mampu memberi impak kepada pelajar. Penampilan guru secara langsung memberi pengaruh kepada pelajar untuk mengikutinya.

"Untuk kelihatan berketerampilan, guru tidak perlu berlumba-lumba sehingga ada yang sanggup berhutang. Kita tidak mahu menjadi terlalu materialistik dan tak naklah melahirkan generasi materialistik."

Kebijaksanaan guru


Noraini berkata, cikgu seharusnya menjadi contoh dari segi kepimpinan, ilmu, suci, bersih dan ikhlas. Amalkan sikap wasatiyyah atau kesederhanaan, sebagaimana dituntut dalam Islam.

"Guru mestilah tunjuk minat mengajar dan menggunakan kaedah mengajar yang kreatif. Malah dia juga perlu pandai berinteraksi kepelbagaian seperti serius, tegas, disiplin dan kelakar. Namun semesra mana pun antara guru dan pelajar, tetap menjaga batasannya.

"Kemesraan keterlaluan itu takut disalah tafsir. Apa yang penting adalah rasa hormat pelajar terhadap guru. Dahulu, cikgu bersikap sangat tegas dan autokratik. Ini berbeza dengan cikgu zaman sekarang yang harus bijak mendekati pelajar.

"Bagi saya, pemilihan pakaian itu adalah cita rasa peribadi. Guru perlu selesa dengan penampilan dirinya. Ini boleh memberi pengaruh untuk dia mengajar di kelas. Jika gaya penampilan tidak sesuai dan kurang selesa, ia boleh mengganggu konsentrasinya di kelas," katanya.

Bagaimanapun, kata Noraini, kebijaksanaan seseorang cikgu dalam menyampaikan ilmu mampu mengatasi cara berpakaian. Guru sedemikian mampu mengetuk hati pelajar untuk menghormati, mengasihi dan prihatin.

Pendek kata, walaupun tak cantik atau tak kacak di mata, tapi ikhlas dan tegas dalam mengajar serta menggunakan bahasa yang lembut telinga mendengar, itulah yang membuat pelajar suka.

"Ada juga cikgu yang cantik atau bergaya tetapi kata-katanya yang suka mengutuk, menghina dan menyindir pelajar menyebabkan pandangan mata murid terhadapnya berubah jadi tak cantik.

"Sebenarnya untuk berketerampilan menarik tak perlu beli pakaian atau aksesori yang mahal, ikut trend dan bersolek tebal, tapi biarlah sedap mata memandang. Apa yang lebih penting adalah kredibiliti cikgu tersebut sebagai guru kesukaan ramai, tapi jika cikgu itu cantik dan kacak bergaya itu adalah bonus," katanya.

Jadi sumber inspirasi


Berkongsi pengalaman sebagai guru, Cikgu Siti Nur Hidayah Rahim, 31, mengakui kalangan pelajar memang meminati guru yang tampil bergaya. Ada sahaja pujian dan teguran diberikan murid kepada cikgu.

"Murid-murid di zaman sekarang berbeza dengan kita dahulu. Bahkan murid lelaki pun berminat dengan fesyen. Saya sendiri lebih suka tampil ringkas tapi  bergaya dan fresh.

"Bagi murid perempuan pula mereka lebih tertarik dengan cara saya memakai selendang. Saya memang suka memakai seledang dengan pelbagai teknik.

"Selepas waktu kelas, ada murid yang datang minta saya tunjukkan cara memakai seledang.  Ini secara langsung menarik minat mereka untuk berhijab di luar.

"Saya pernah pergi ke kelas tanpa mekap. Lalu ada murid tegur bila saya nampak lain, tak seperti selalu. Ada yang tanya, kenapa tak pakai gincu dan sebagainya. Apa pun bagi saya, menjaga penampilan diri ada satu kepuasan untuk kelihatan menarik."

Siti Nur Hidayah menambah, pakaian hanya luaran tetapi yang penting adalah cara seseorang guru itu mengajar. Apabila guru tersebut berjaya menambat hati pelajar dengan cara pengajarannya, ia mampu memberi ilmu bermanfaat kepada pelajar secara berkesan.

Beliau turut seronok dapat mengajar murid-murid yang bersemangat belajar. Selain daripada pendidikan secara formal di dalam kelas, pendidikan tidak formal juga penting.

Oleh

Bagaimana Nak Print Di Makmal ICT?

Written By Ex-Editor on Thursday, October 31, 2013 | 10:17 AM


Akhir -akhir ini ramai pelajar nak print bahan tugasan. Selalunya mereka datang ke Makmal ICT pasal print di sini FREE sahaja. Tapi malangnya mereka ini tak tahu cara nak print. Kalau tak orang orang yang boleh membantu mereka, nak tak nak dia orang terpaksa tanya saya. Saya adalah pilihan terakhir untuk ditanya... entah mungkin saya ini dilihat sebagai 'harimau' (rimau). Yang jadi mangsa ialah Juruteknik.

Saya sebenarnya malas nak tolong dia orang... sebab remeh sangatlah... tapi bagi mereka perkara ini sukar. Kadang kala terlintas juga dalam hati kesian dan saya tak bersifat mudah membantu seperti cg. Zam. Saya ada rasa nak bantu... tapi saya suka dia orang buat sendiri.

Akhirnya saya terfikir untuk buat note ini dan dia orang boleh rujuk laman/blog ini tanpa perlu bertanya kepada rimau



Jika print tak berfungsi, pertama buka Control Panel.




Pilih View Divices and printers.


Lihat ada tak printer HP4100? Kalau ada lihat warna terang atau kelabu. Terang maknanya ONLINE. Kalau kelabu maknanya OFFLINE. Online maknanya boleh print dan pilih semasa print mengikut nama printer berkenaan.

Jika Offline, lihat printer ON atau tidak. Biasanya tak ON. Tapi jika ON masih OFFLINE ini bermakna networknya tak bersambung. Lihat kabel network sambung atau tidak atau terlonggar atau mungkin juga swicth sambungan network yang berada pada berhampiran PC 46 tertutup.

Jika semua itu dibuat tak boleh juga, sila hubungi Juruteknik atau Guru Penyelaras Makmal.


Jika senarai perinter HP 4100 tak ada. Sila Add Printer. Dengan menggunakan Windows 8 anda akan dapati printer akan dikesan secara mudah seperti gambar diatas. Addkan printer berkenaan.


Selepas Add printer akan ada pada senarai printer.




Akhir sekali semasa print, misalnya menggunakan Word pastikan nama printer itu sama dengan yang ONLINE. Anda mungkin terjumpa ada copy 1,2.... Ini kerana ada dikalangan anda 'gatal tangan' sukar add printer sedangkan driver printer sudah ada.

Ok. Rasanya selepas saya buat nota ringkas ini, masalah printer di makmal dikira sudah selesai..

Oh ya. kertas tu jangan duduk "curi" dalam tray printer lain. Pergi ambil di pejabat sekolah kata nak guna untuk makmal ICT.








Teknik-Teknik Berkesan Mengulangkaji Pelajaran

Written By Ex-Editor on Friday, July 19, 2013 | 2:47 PM

Artikel ini menjelaskan pengertian dan kepentingan mengulangkaji pelajaran serta cara mengulangkaji pelajaran yang berkesan.


Pengertian Mengulangkaji
Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

CARA-CARA MENGULANGKAJI
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:

  1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
  2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  5. Menjawab soalan-soalan yang  berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
  6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.
Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)
Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.
Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.
Merancang Program Mengulangkaji
  • Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
  • Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan. 
  • Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
  • Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran
  • Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar. 
  • Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
  • Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  • Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.
Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah
  • Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa. 
  • Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.
Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
  • Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
  • Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda. 
  • Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.
Menilai Keupayaan Anda
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.

1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan 
Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya. 

3. Penilaian Secara Lisan
Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan
Mencari Sebab (Post-Mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

Sebab-sebab kesalahan berlaku:
Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. 
Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. 
Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami.
Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. 
Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.
Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.
Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:
  • Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran. 
  • Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. 
  • Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali. 
  • Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.
Nota: Artikel ini adalah sedutan dari buku Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Menghadapi Peperiksaan karangan Taidin Suhaimin.

Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MASA TERPENTIGAN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.
Masa ditelipon-pendekan perbualan
Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa mendengar radio(kurangkan masa)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.


Teknik Belajar PV3R

Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak

Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan

Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).



Search This Blog

Followers

Subscribe Me

Subscribe via RSS Feed If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. SMKTIZ - All Rights Reserved
Template Oktar Oleh Zulbmohd
Proudly powered by Blogger