Paparan Muka Utama
Latest Post
3:01 AM
KUALA LUMPUR 23 Julai - Kira-kira 6,500 graduan pendidikan dari universiti awam seluruh seluruh Malaysia masih belum menerima penempatan sebagai guru lantaran dasar pasaran terbuka yang diamalkan Kementerian Pendidikan sejak beberapa tahun dahulu.
6,500 guru menganggur
Written By Ex-Editor on Wednesday, July 25, 2018 | 3:01 AM
KUALA LUMPUR 23 Julai - Kira-kira 6,500 graduan pendidikan dari universiti awam seluruh seluruh Malaysia masih belum menerima penempatan sebagai guru lantaran dasar pasaran terbuka yang diamalkan Kementerian Pendidikan sejak beberapa tahun dahulu.
Wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam
(GGPUA), Mohd. Azrinsyah Abd. Aziz berkata, melalui kutipan data yang
dilakukan pihaknya sejak Jun lalu, sejumlah 6,516 graduan pendidikan
memberi respons dan mendakwa masih belum ditempatkan sebagai guru
walaupun ada antara mereka sudah lima tahun menamatkan pelajaran.
“Jumlah ini semakin meningkat saban tahun kerana
pengambilan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang
berterusan di samping terdapat 11 universiti yang turut menawarkan
kursus pendidikan.
“Lebih parah lagi, ketika hanya kira-kira 20
peratus calon temu duga pada Oktober 2017 diserap sebagai guru, terdapat
kira-kira 2,600 graduan baharu menamatkan pengajian tahun ini,
menjadikan jumlah graduan yang bersaing untuk diserap masuk sebagai guru
semakin ramai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik
memberitahu masalah kekurangan guru di bandar besar semakin serius
terutamanya melibatkan negeri Johor dan Selangor.
Maszlee turut berkata, beberapa inisiatif seperti
menaikkan elaun kos sara hidup dan meramaikan lagi anak tempatan
menjadi guru sedang dalam peringkat kajian oleh Kementerian Pendidikan.
Mengulas lanjut, Azrinsyah turut berkata, menurut
laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), seramai 3,392
graduan menghadiri temu duga pada April lalu dan mereka kini sedang
dalam keadaan tertanya-tanya kerana keputusan temu duga tersebut
ditangguhkan sehingga hari ini.
Katanya, mengikut amalan terdahulu yang tercatat
dalam piagam pelanggan SPP, keputusan akan diumumkan empat minggu
selepas tarikh akhir temu duga.
“Namun disebabkan pertukaran kerajaan, mungkin
berlaku sedikit kekeliruan sehingga pengumuman keputusan tersebut
ditangguhkan,” katanya.
8:11 PM
MELANGKAH masuk dalam kelas, mata pelajar tak kelip memandang cikgu, mulut hampir terlopong. Tak sabar menanti aksi cikgu mengajar di depan kelas. Semangat hendak belajar bertukar jadi lain macam.
Setiap butir bicara dari bibir cikgu itu dinanti. Sambil itu, dari hujung rambut sampai hujung kaki cikgu itu diperhatikan. Tambah pula si cikgu bijak mengatur bicara dan gelagat diri.
Itu penangan aura dibawa guru cantik dan bergaya tidak kira gender, automatik perwatakannya akan berjaya menarik perhatian kebanyakan pelajar.
Malah tulisan Ab. Aziz Yusuf dalam buku terbitan Universiti Utara Malaysia bertajuk Pembangunan Modal Insan, Teras Pendidikan Negara (2009) juga ada menyentuh mengenai kepentingan aura dalam pembangunan modal insan.
Guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Satak, Raub, Pahang, Wan Mohd Khairi Wan Hassan, 29, antara berjaya memanipulasikan auranya. Di laman Instagram miliknya @vnkery sahaja cecah lebih 37k pengikut terdiri murid, peminat dan kalangan guru sendiri.
Melihat wajah dan penampilannya bersahaja, pasti ramai menyangka beliau seorang model atau pun artis. Hakikatnya, sudah enam tahun pemegang Ijazah Sarjana Muda Perguruan Reka Bentuk dan Teknologi ini bergelar pendidik.
Menurut Mohd Khairi, beliau sendiri sebenarnya seorang yang mementingkan penampilan khususnya apabila melangkah keluar dari rumah.
"Bagi saya penampilan diri seseorang guru itu penting, barulah murid pun ada semangat nak belajar. Tambahan pula saya mengajar di sekolah Orang Asli, sudah tentu guru antara ikon untuk mereka contohi, terutama dari aspek penjagaan kebersihan diri.
"Walaupun gemar bergaya cara sendiri, namun seperti saya tetap tertakluk etika berpakaian penjawat awam yang perlu dipatuhi," kata suami kepada Nurhartini Mohd Ghani, 29, berasal dari Setiu, Terengganu ini.
Penerima Anugerah Guru Ikon 2016 sempena sambutan Hari Guru peringkat Daerah Raub ini juga gemarkan pendekatan muzik dalam mendidik muridnya. Hasilnya, menurut Khairi, dari 'kosong' perkembangan seni muzik, SK Satak kini sampai ke peringkat kebangsaan, misalnya terlibat persembahan bagi acara rasmi kerajaan.
Gemar berkongsi momen di Instagram, katanya kadangkala ia bertujuan berkongsi cara pendekatannya terhadap murid dengan guru lain.
Bantu yakin diri
Guru, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 24, juga mengakui aura pendidik main peranan penting.
"Tidak salah jika cikgu hendak bergaya ke sekolah, namun harus ikut etika berpakaian ditetapkan bagi penjawat awam seperti saya sendiri. Tambahan cara berpakaian bantu menaikkan keyakinan diri guru itu sendiri.
"Personaliti guru juga beri kesan siapa melihat dan tarik perhatian, terutama murid sekolah rendah. Guru kemas, cantik dan bersih, pasti beri contoh pada murid," katanya.
Penyanyi dikenali dengan nama Tasha Manshahar ini mengakui lebih gemar tampil berpakaian polos apabila mengajar di sekolah. Tasha berkata, walaupun bergelar artis, beliau bawa diri sebagai guru biasa apabila mengajar di sekolah.
"Biasanya aura artis itu saya tinggalkan di luar pagar sekolah. Saya tak mahu ada jurang dengan guru-guru dan murid di sekolah.
"Saya gemarkan pendekatan permainan, mewarna dan muzik bila mengajar. Yang penting murid belajar dalam keadaan seronok," katanya.
Apa pun bagi GPS, penampilan Tasha yang sederhana tetap punya aura tersendiri menarik perhatian muridnya.
"Wow, hensemnya cikgu hari ini?"
"Cikgu selalu nampak cantiklah."
"Eh, itulah cikgu yang aku suka."
Boleh dikatakan murid-murid cuci mata apabila nampak cikgu yang kacak, cantik dan bergaya datang di kelas. Pasti hilang rasa mengantuk. Tambahan pula cikgu tersebut bijak mengajar dan pandai mendekati hati murid.
Tidak hairanlah jika sebilangan guru menjadi viral di laman sosial apabila dirinya persis artis popular dari segi paras rupa dan penampilan. Mungkin ada yang tertanya adakah mereka yang dilihat dari luaran itu sehebat dengan kemahirannya dalam mengajar serta mendidik murid.
Pengarah Pusat Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Noraini Ahmad berkata, apabila bercakap mengenai penampilan diri, bukan sahaja guru malah sesiapa sahaja perlu jaga. Penampilan yang menarik bukanlah yang dimaksudkan berpakaian seksi dan solekan tebal. Itu adalah istilah yang tersasar, sebaliknya ia merujuk elemen bersih dan kemas.
"Apa yang dimaksudkan di sini adalah pakaian yang kemas, tidak menjolok mata dan beretika. Si pemakai tahu memilih rekaan pakaian yang sesuai untuk dirinya, pemilihan warna dan kekemasan. Selain itu, faktor lain menarik hati seseorang itu adalah perilakunya.
"Jika baju berwarna kusam dan gelap, ia kurang ceria. Aura warna tertentu mampu memberi impak kepada pelajar. Penampilan guru secara langsung memberi pengaruh kepada pelajar untuk mengikutinya.
"Untuk kelihatan berketerampilan, guru tidak perlu berlumba-lumba sehingga ada yang sanggup berhutang. Kita tidak mahu menjadi terlalu materialistik dan tak naklah melahirkan generasi materialistik."
Kebijaksanaan guru
Noraini berkata, cikgu seharusnya menjadi contoh dari segi kepimpinan, ilmu, suci, bersih dan ikhlas. Amalkan sikap wasatiyyah atau kesederhanaan, sebagaimana dituntut dalam Islam.
"Guru mestilah tunjuk minat mengajar dan menggunakan kaedah mengajar yang kreatif. Malah dia juga perlu pandai berinteraksi kepelbagaian seperti serius, tegas, disiplin dan kelakar. Namun semesra mana pun antara guru dan pelajar, tetap menjaga batasannya.
"Kemesraan keterlaluan itu takut disalah tafsir. Apa yang penting adalah rasa hormat pelajar terhadap guru. Dahulu, cikgu bersikap sangat tegas dan autokratik. Ini berbeza dengan cikgu zaman sekarang yang harus bijak mendekati pelajar.
"Bagi saya, pemilihan pakaian itu adalah cita rasa peribadi. Guru perlu selesa dengan penampilan dirinya. Ini boleh memberi pengaruh untuk dia mengajar di kelas. Jika gaya penampilan tidak sesuai dan kurang selesa, ia boleh mengganggu konsentrasinya di kelas," katanya.
Bagaimanapun, kata Noraini, kebijaksanaan seseorang cikgu dalam menyampaikan ilmu mampu mengatasi cara berpakaian. Guru sedemikian mampu mengetuk hati pelajar untuk menghormati, mengasihi dan prihatin.
Pendek kata, walaupun tak cantik atau tak kacak di mata, tapi ikhlas dan tegas dalam mengajar serta menggunakan bahasa yang lembut telinga mendengar, itulah yang membuat pelajar suka.
"Ada juga cikgu yang cantik atau bergaya tetapi kata-katanya yang suka mengutuk, menghina dan menyindir pelajar menyebabkan pandangan mata murid terhadapnya berubah jadi tak cantik.
"Sebenarnya untuk berketerampilan menarik tak perlu beli pakaian atau aksesori yang mahal, ikut trend dan bersolek tebal, tapi biarlah sedap mata memandang. Apa yang lebih penting adalah kredibiliti cikgu tersebut sebagai guru kesukaan ramai, tapi jika cikgu itu cantik dan kacak bergaya itu adalah bonus," katanya.
Jadi sumber inspirasi
Berkongsi pengalaman sebagai guru, Cikgu Siti Nur Hidayah Rahim, 31, mengakui kalangan pelajar memang meminati guru yang tampil bergaya. Ada sahaja pujian dan teguran diberikan murid kepada cikgu.
"Murid-murid di zaman sekarang berbeza dengan kita dahulu. Bahkan murid lelaki pun berminat dengan fesyen. Saya sendiri lebih suka tampil ringkas tapi bergaya dan fresh.
"Bagi murid perempuan pula mereka lebih tertarik dengan cara saya memakai selendang. Saya memang suka memakai seledang dengan pelbagai teknik.
"Selepas waktu kelas, ada murid yang datang minta saya tunjukkan cara memakai seledang. Ini secara langsung menarik minat mereka untuk berhijab di luar.
"Saya pernah pergi ke kelas tanpa mekap. Lalu ada murid tegur bila saya nampak lain, tak seperti selalu. Ada yang tanya, kenapa tak pakai gincu dan sebagainya. Apa pun bagi saya, menjaga penampilan diri ada satu kepuasan untuk kelihatan menarik."
Siti Nur Hidayah menambah, pakaian hanya luaran tetapi yang penting adalah cara seseorang guru itu mengajar. Apabila guru tersebut berjaya menambat hati pelajar dengan cara pengajarannya, ia mampu memberi ilmu bermanfaat kepada pelajar secara berkesan.
Beliau turut seronok dapat mengajar murid-murid yang bersemangat belajar. Selain daripada pendidikan secara formal di dalam kelas, pendidikan tidak formal juga penting.
Oleh FOUZIAH AMIR & AZIMAH GHAZALI
Sinar Harian
Guru cantik, bergaya tarik perhatian anak didik
Written By Ex-Editor on Tuesday, July 19, 2016 | 8:11 PM

Labels:
Tips
9:59 PM
SEWAKTU berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini hati saya tersentuh melihat tulisan jawi begitu menonjol digunakan bersama tulisan rumi pada nama bangunan, jabatan, gedung perniagaan, papan iklan dan juga nama jalan.
Tentunya ini bukan sesuatu yang baru dibuat oleh kerajaan negeri. Namun hati saya tersentuh kerana apabila melihat tulisan jawi begitu meluas digunakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, saya terkenang betapa tulisan jawi kini terpinggir.
Saya percaya kerajaan beberapa negeri lain juga berusaha memartabatkan tulisan jawi ini seperti Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Selangor. Usaha beberapa kerajaan negeri ini sekurang-kurangnya mengubat hati bahawa tulisan jawi masih hidup walau pun terpinggir.
Tetapi kita mahu biarlah ia menyeluruh di seluruh negara, termasuk di ibu negara Kuala Lumpur. Biar kehadiran dan kepentingan tulisan jawi itu menyerlah dan semaraknya dirasai kerana ia adalah tulisan warisan bangsa dan budaya.
Ketika Kumpulan Utusan mengumumkan untuk menghentikan penerbitan
Utusan Melayu (Jawi) beberapa tahun lalu, ramai yang membantah, daripada
ahli politik, akademik hinggalah masyarakat ramai.
Menurut mereka, akan hilang ikon yang selama ini memartabatkan tulisan Jawi. Benar, Utusan Melayu ialah akhbar jawi yang lahir menjadi panji-panji bersama penubuhan Utusan Melayu itu sendiri pada tahun 1939.
Sayangnya, mereka yang membantah ini bukan pun penyokong atau pembaca tegar Utusan Melayu jawi. Mereka tidak pun membeli akhbar tersebut. Mereka hanya pandai bersuara tetapi tidak tahu betapa syarikat menanggung kerugian setiap hari kerana edaran sedikit dan tiada iklan sedangkan kos percetakan melambung tinggi.
Menuju ke penghujung, walaupun dalam penderitaan, Utusan Melayu tetap diterbitkan demi memartabatkan tulisan jawi dan memenuhi tanggung jawab sosial. Namun berapa lamakah ia mampu bertahan dalam kerugian yang semakin membukit? Akhirnya penerbitan Utusan Melayu harian ditamatkan juga.
Semangat kental sayangkan tulisan jawi tetap membara di hati Kumpulan Utusan. Akhbar Utusan Melayu kemudian diterbitkan secara mingguan. Itu pun tidak bertahan lama. Utusan Melayu kini hanya diterbitkan untuk negeri Johor kerana ia mendapat penajaan daripada Johor Corporation (JCorp) iaitu anak syarikat kerajaan negeri.
Negeri Johor dengan sistem sekolah agama negerinya yang terpelihara
dan tersusun serta GLC negeri yang memiliki kesedaran yang tinggi untuk
memikul tanggungjawab sosial seperti ini adalah contoh terbaik bagaimana
sesebuah negeri itu dapat memainkan peranan dalam memelihara khazanah
negara seperti tulisan jawi.
Benar, ada beberapa buah negeri yang memberi keutamaan kepada tulisan jawi dengan meletakkannya pada nama bangunan, pejabat, gedung perniagaan, papan iklan dan juga nama-nama jalan, berseli dengan tulisan rumi.
Tetapi setakat itu sahajakah nilai tulisan jawi? Hanya layak tercatat pada papan-papan tanda iklan, papan nama jalan atau gedung-gedung perniagaan sedangkan suatu ketika dahulu kedudukan tulisan jawi amat tinggi di mata masyarakat.
Sewaktu zaman persekolahan rendah dahulu, dalam tahun 60-an, saya ingat ada subjek khusus untuk bacaan dan tulisan jawi. Subjek Agama Islam juga diajar dalam tulisan jawi dan murid-murid menjawab dalam tulisan jawi.
Tulisan jawi adalah tulisan Al Quran dan mereka yang gagal menguasainya berasa malu sendiri. Kerana itu mereka belajar bersungguh-sungguh. Sebahagian daripada murid-murid ini pula selepas balik sekolah kebangsaan akan pergi ke sekolah agama.
Di sekolah agama, yang kebanyakannya ketika itu Sekolah Agama Rakyat
(SAR), pengajaran dan pembelajaran adalah dalam tulisan jawi. Subjek
Bahasa Arab juga diajar. Ini mampu mengasah kebolehan pelajar
memperbaiki tulisan dan pemahaman tulisan jawi dan pada masa yang sama
mempelajari bahasa Arab. Jelas tulisan jawi memainkan peranan penting
dalam sistem pendidikan dahulu.
Generasi tahun 60-an dan sebelumnya secara umumnya memiliki kemahiran membaca dan menulis jawi. Mereka menjadi pendokong kepada penerbitan-penerbitan dalam tulisan jawi, sama ada buku, kitab, majalah atau akhbar.
Jika diteliti, pada era 50-an dan 60-an dahulu memang banyak penerbitan dalam tulisan jawi. Misalnya majalah ‘Fesyen’, ‘Dian’, ‘Mastika’ sementara akhbar seperti Utusan Melayu tidak menghadapi masalah jualan dan pembaca. Malah ketika itu banyak pekeliling kerajaan atau risalah dan brosur jabatan kerajaan masih diedar dalam tulisan jawi.
Itu cerita dahulu, sekadar mengimbau sejarah. Tulisan jawi kini terpinggir. Malah jumlah mereka yang mahir menguasai tulisan jawi dan membaca jawi kian berkurangan. Dengan pupusnya generasi dahulu yang mahir jawi maka begitulah juga pupusnya tulisan jawi menurut peredaran masa.
Sekali sekala terdengar gegak gempita desakan agar tulisan jawi di martabatkan semula. Namun ini biasanya hanyalah dalam ucapan retorik ketika seminar mengenai jawi atau ketika perasmian pertandingan yang berhubung kait dengan jawi, seperti peraduan menulis khat atau pameran jawi.
Pada seminar mengenai tulisan jawi, ramailah pembentang kertas kerja mengemukakan teori dan pandangan masing-masing dalam memperkasa tulisan jawi. Seminar berakhir dengan pelbagai rumusan.
Akhirnya rumusan ini akan hanya tersimpan dalam fail atau berhabuk dalam almari, amat jarang dilaksanakan. Setelah beberapa tempoh tertentu akan ada gegak gempa lain mengenai tulisan jawi. Sekali lagi selepas itu ia akan menyepi.
Begitulah nasib tulisan jawi yang hanya disapa sekali sekala sekadar memecah kesunyian. Justeru harapan untuk ia bersemarak seperti dahulu sukar menjadi kenyataan.
Apakah sebenarnya tulisan jawi ini memang hendak dibiarkan berkubur
sendiri? Tidakkah kerajaan mahu memartabatkannya? Cukupkah sekadar
menjadi penghias pada bangunan dan jabatan, papan iklan, nama jalan atau
dalam ‘letter head’ masing-masing?
Pernahkah anda melihat di kedai-kedai pajak atau kedai kopi Cina, ada diserikan dengan tulisan jawi pada papan nama kedai? Tidak tersentuhkah kita jika kedai atau bangunan milik orang Melayu sendiri tidak menyelitkan walau sepatah tulisan jawi?
Mungkin juga dalam era sains dan teknologi serba moden, ramai yang beranggapan tulisan jawi sudah tidak relevan. Jika begini sikap kita, maka tidak perlu lagi untuk kita berteriak dan berseminar bagi mengukuhkan tulisan jawi. Ini kerana akhirnya teriakan dan seminar itu juga akan tenggelam bersama tenggelamnya tulisan jawi itu sendiri.
Oleh Ahmad Abd Hamid
Mstar
Bagaimana Masa Depan & Nasib Tulisan Jawi
Written By Ex-Editor on Monday, July 18, 2016 | 9:59 PM
SEWAKTU berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini hati saya tersentuh melihat tulisan jawi begitu menonjol digunakan bersama tulisan rumi pada nama bangunan, jabatan, gedung perniagaan, papan iklan dan juga nama jalan.
Tentunya ini bukan sesuatu yang baru dibuat oleh kerajaan negeri. Namun hati saya tersentuh kerana apabila melihat tulisan jawi begitu meluas digunakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, saya terkenang betapa tulisan jawi kini terpinggir.
Saya percaya kerajaan beberapa negeri lain juga berusaha memartabatkan tulisan jawi ini seperti Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Selangor. Usaha beberapa kerajaan negeri ini sekurang-kurangnya mengubat hati bahawa tulisan jawi masih hidup walau pun terpinggir.
Tetapi kita mahu biarlah ia menyeluruh di seluruh negara, termasuk di ibu negara Kuala Lumpur. Biar kehadiran dan kepentingan tulisan jawi itu menyerlah dan semaraknya dirasai kerana ia adalah tulisan warisan bangsa dan budaya.
Menurut mereka, akan hilang ikon yang selama ini memartabatkan tulisan Jawi. Benar, Utusan Melayu ialah akhbar jawi yang lahir menjadi panji-panji bersama penubuhan Utusan Melayu itu sendiri pada tahun 1939.
Sayangnya, mereka yang membantah ini bukan pun penyokong atau pembaca tegar Utusan Melayu jawi. Mereka tidak pun membeli akhbar tersebut. Mereka hanya pandai bersuara tetapi tidak tahu betapa syarikat menanggung kerugian setiap hari kerana edaran sedikit dan tiada iklan sedangkan kos percetakan melambung tinggi.
Menuju ke penghujung, walaupun dalam penderitaan, Utusan Melayu tetap diterbitkan demi memartabatkan tulisan jawi dan memenuhi tanggung jawab sosial. Namun berapa lamakah ia mampu bertahan dalam kerugian yang semakin membukit? Akhirnya penerbitan Utusan Melayu harian ditamatkan juga.
Semangat kental sayangkan tulisan jawi tetap membara di hati Kumpulan Utusan. Akhbar Utusan Melayu kemudian diterbitkan secara mingguan. Itu pun tidak bertahan lama. Utusan Melayu kini hanya diterbitkan untuk negeri Johor kerana ia mendapat penajaan daripada Johor Corporation (JCorp) iaitu anak syarikat kerajaan negeri.
Benar, ada beberapa buah negeri yang memberi keutamaan kepada tulisan jawi dengan meletakkannya pada nama bangunan, pejabat, gedung perniagaan, papan iklan dan juga nama-nama jalan, berseli dengan tulisan rumi.
Tetapi setakat itu sahajakah nilai tulisan jawi? Hanya layak tercatat pada papan-papan tanda iklan, papan nama jalan atau gedung-gedung perniagaan sedangkan suatu ketika dahulu kedudukan tulisan jawi amat tinggi di mata masyarakat.
Sewaktu zaman persekolahan rendah dahulu, dalam tahun 60-an, saya ingat ada subjek khusus untuk bacaan dan tulisan jawi. Subjek Agama Islam juga diajar dalam tulisan jawi dan murid-murid menjawab dalam tulisan jawi.
Tulisan jawi adalah tulisan Al Quran dan mereka yang gagal menguasainya berasa malu sendiri. Kerana itu mereka belajar bersungguh-sungguh. Sebahagian daripada murid-murid ini pula selepas balik sekolah kebangsaan akan pergi ke sekolah agama.
Generasi tahun 60-an dan sebelumnya secara umumnya memiliki kemahiran membaca dan menulis jawi. Mereka menjadi pendokong kepada penerbitan-penerbitan dalam tulisan jawi, sama ada buku, kitab, majalah atau akhbar.
Jika diteliti, pada era 50-an dan 60-an dahulu memang banyak penerbitan dalam tulisan jawi. Misalnya majalah ‘Fesyen’, ‘Dian’, ‘Mastika’ sementara akhbar seperti Utusan Melayu tidak menghadapi masalah jualan dan pembaca. Malah ketika itu banyak pekeliling kerajaan atau risalah dan brosur jabatan kerajaan masih diedar dalam tulisan jawi.
Itu cerita dahulu, sekadar mengimbau sejarah. Tulisan jawi kini terpinggir. Malah jumlah mereka yang mahir menguasai tulisan jawi dan membaca jawi kian berkurangan. Dengan pupusnya generasi dahulu yang mahir jawi maka begitulah juga pupusnya tulisan jawi menurut peredaran masa.
Sekali sekala terdengar gegak gempita desakan agar tulisan jawi di martabatkan semula. Namun ini biasanya hanyalah dalam ucapan retorik ketika seminar mengenai jawi atau ketika perasmian pertandingan yang berhubung kait dengan jawi, seperti peraduan menulis khat atau pameran jawi.
Pada seminar mengenai tulisan jawi, ramailah pembentang kertas kerja mengemukakan teori dan pandangan masing-masing dalam memperkasa tulisan jawi. Seminar berakhir dengan pelbagai rumusan.
Akhirnya rumusan ini akan hanya tersimpan dalam fail atau berhabuk dalam almari, amat jarang dilaksanakan. Setelah beberapa tempoh tertentu akan ada gegak gempa lain mengenai tulisan jawi. Sekali lagi selepas itu ia akan menyepi.
Begitulah nasib tulisan jawi yang hanya disapa sekali sekala sekadar memecah kesunyian. Justeru harapan untuk ia bersemarak seperti dahulu sukar menjadi kenyataan.
Pernahkah anda melihat di kedai-kedai pajak atau kedai kopi Cina, ada diserikan dengan tulisan jawi pada papan nama kedai? Tidak tersentuhkah kita jika kedai atau bangunan milik orang Melayu sendiri tidak menyelitkan walau sepatah tulisan jawi?
Mungkin juga dalam era sains dan teknologi serba moden, ramai yang beranggapan tulisan jawi sudah tidak relevan. Jika begini sikap kita, maka tidak perlu lagi untuk kita berteriak dan berseminar bagi mengukuhkan tulisan jawi. Ini kerana akhirnya teriakan dan seminar itu juga akan tenggelam bersama tenggelamnya tulisan jawi itu sendiri.
Oleh Ahmad Abd Hamid
Mstar
Labels:
Artikel
9:48 PM
Bulan puasa saya ada terbaca satu artikel berkenaan teknik video yang menjadi 'trend' baru iaitu membekukan pergerakan. Pada mulanya saya melihat ingatkan yang buat tu menggunakan gambar 'still' tapi bila lihat terdapat pusingan kipas pada video itu tahulah saya bahawa yang buat ni mesti minta semua yang ada untuk tidak bergerak.
Video yang dihasilkan sangat menarik kerana lebih 25 orang tua muda dan kanak-kanak memberikan kerjasama untuk menghasilkannya. Saya cari video itu nak tunjukkan di sini tapi tak jumpa.
Teknik Video Bekukan Pergerakkan

Hari ini sekolah saya mengadakan majlis sambutan aidilfitri dan saya
kebetulan membawa kamera Sony RX-100. Sebelum balik saya minta beberapa
orang yang hadir untuk 'berlakon'. Memang payah juga nak terangkan apa
yang nak dibuat, tapi alhamdulillah ada pelajar yang berikan kerjasama
walaupun dia tak tahu apa yang saya nak buat.
Ini hasil kerja yang dilakukan tak sampai 5 minit dengan beberapa orang
pelajar yang ditangkap muat aje. Ada pelajar yang bila saya suruh terus
larikan diri tak nak berikan kerjasama...
Kita biarkan mereka..
Terima kasih kepada yang menjayakannya. Bila anda lihat anda boleh buat dengan kawan-kawan apa yang saya tunjukkan.
9:44 PM
KUALA LUMPUR 17 Julai - Sudah menjadi lumrah setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik bagi anak masing-masing termasuk dalam soal mendapatkan pendidikan awal di tadika.
Namun hasrat itu mungkin terbantut apabila melihat kadar caj tinggi mencecah ribuan ringgit dikenakan oleh operator tadika swasta di negara ini.
Lebih malang, senario membebankan itu turut menyaksikan ibu bapa khususnya yang berpendapatan sederhana terpaksa menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta berikutan permohonan kemasukan anak mereka ke tadika atau prasekolah kerajaan ditolak.
Perkara itu berlaku berikutan bilangan murid untuk ditempatkan di tadika atau prasekolah kerajaan adalah terhad selain faktor memberikan keutamaan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah.
Secara tidak langsung, ibu bapa berkenaan tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak mereka ke tadika swasta walaupun terpaksa menanggung kos bayaran yang tinggi.
Malah tinjauan Utusan Malaysia di beberapa tadika swasta di sekitar Lembah Klang mendapati caj yang dikenakan bagi seorang murid adalah antara RM5,000 hingga RM9,000 untuk setahun.
Kadar tersebut meliputi yuran pendaftaran, yuran bulanan, buku dan uniform bergantung kepada pakej dipilih oleh ibu bapa.
Berdasarkan perbandingan harga, kesemua tadika swasta berkenaan yang turut beroperasi di negeri lain, caj akan menjadi mahal apabila ibu bapa diminta membayar yuran pendaftaran yang tinggi antara RM1,500 hingga RM2,400.
Kos itu tidak termasuk bayaran bulanan dan didapati kadar termurah adalah RM300 hingga RM550 yang wajib dibayar sepanjang tahun.
Jumlah bayaran akan menjadi lebih tinggi sekiranya ibu bapa memilih pakej penjagaan sepanjang hari, ini bermakna murid berkenaan akan berada di tadika bermula pukul 7.30 pagi hingga 6 petang.
Bukan itu sahaja, tadika berkenaan juga didapati mengenakan yuran pertengahan tahun terhadap ibu bapa antara RM700 hingga RM1,200.
Utusan Malaysia difahamkan ibu bapa tidak terlepas daripada dikenakan caj tersembunyi, misalnya bayaran membuat lawatan, hari sukan, yuran projek kelas dan juga konsert akhir tahun.
Cuba bayangkan, berapa kos mesti ditanggung jika satu pasangan ibu bapa mempunyai dua atau tiga anak berusia antara empat hingga enam tahun yang kesemuanya perlu dihantar ke tadika.
Sumber : Utusan Malaysia
Caj tadika swasta melampau

Berita
9:36 PM
KUALA LUMPUR 18 Julai - Perbelanjaan secara dalam talian di negara ini diramal mencecah AS$21 bilion (RM84 bilion) menjelang tahun 2025, dengan perbelanjaan untuk tujuan pelancongan menyumbang kira-kira AS$10 bilion (RM40 bilion) daripadanya, menurut kajian bersama yang dilakukan oleh enjin pencarian Google.
Perbelanjaan dalam talian di Malaysia cecah RM84 bilion pada 2025