Flash Note:
Menghadapi tahun 2018 dengan penuh tekad
dan keazaman untuk menjadi lebih baik dan
ebih cemerlang....
Home » » Caj tadika swasta melampau

Caj tadika swasta melampau

Written By Ex-Editor on Monday, July 18, 2016 | 9:44 PM


KUALA LUMPUR 17 Julai - Sudah menjadi lumrah setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik bagi anak masing-masing termasuk dalam soal mendapatkan pendidikan awal di tadika.

Namun hasrat itu mungkin terbantut apabila melihat kadar caj tinggi mencecah ribuan ringgit dikenakan oleh operator tadika swasta di negara ini.

Lebih malang, senario membebankan itu turut menyaksikan ibu bapa khususnya yang berpendapatan sederhana terpaksa menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta berikutan permohonan kemasukan anak mereka ke tadika atau prasekolah kerajaan ditolak.

Perkara itu berlaku berikutan bilangan murid untuk ditempatkan di tadika atau prasekolah kerajaan adalah terhad selain faktor memberikan keutamaan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Secara tidak langsung, ibu bapa berkenaan tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak mereka ke tadika swasta walaupun terpaksa menanggung kos bayaran yang tinggi.

Malah tinjauan Utusan Malaysia di beberapa tadika swasta di sekitar Lembah Klang mendapati caj yang dikenakan bagi seorang murid adalah antara RM5,000 hingga RM9,000 untuk setahun.

Kadar tersebut meliputi yuran pendaftaran, yuran bulanan, buku dan uniform bergantung kepada pakej dipilih oleh ibu bapa.

Berdasarkan perbandingan harga, kesemua tadika swasta berkenaan yang turut beroperasi di nege­ri lain, caj akan menjadi mahal apabila ibu bapa diminta membayar yuran pendaftaran yang tinggi antara RM1,500 hingga RM2,400.

Kos itu tidak termasuk bayaran bulanan dan didapati kadar termurah adalah RM300 hingga RM550 yang wajib dibayar sepanjang tahun.

Jumlah bayaran akan menjadi lebih tinggi sekiranya ibu bapa memilih pakej penjagaan sepanjang hari, ini bermakna murid berkenaan akan berada di tadika bermula pukul 7.30 pagi hingga 6 petang.

Bukan itu sahaja, tadika berke­naan juga didapati mengenakan yuran pertengahan tahun terhadap ibu bapa antara RM700 hingga RM1,200.

Utusan Malaysia difahamkan ibu bapa tidak terlepas daripada dikenakan caj tersembunyi, mi­salnya bayaran membuat lawatan, hari sukan, yuran projek kelas dan juga konsert akhir tahun.

Cuba bayangkan, berapa kos mesti ditanggung jika satu pasangan ibu bapa mempunyai dua atau tiga anak berusia antara empat hingga enam tahun yang kesemuanya perlu dihantar ke tadika.

Sumber : Utusan Malaysia
Share this article :

Post a Comment

Search This Blog

Followers

Subscribe Me

Subscribe via RSS Feed If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. SMKTIZ - All Rights Reserved
Template Oktar Oleh Zulbmohd
Proudly powered by Blogger