Flash Note:
Menghadapi tahun 2018 dengan penuh tekad
dan keazaman untuk menjadi lebih baik dan
ebih cemerlang....
Home » » Bumbung sekolah runtuh, murid bakal dipindah ke sekolah lain

Bumbung sekolah runtuh, murid bakal dipindah ke sekolah lain

Written By Ex-Editor on Monday, July 18, 2016 | 9:40 PM



JOHOR BAHARU 18 Julai - Sesi persekolahan bagi seramai 398 murid Sekolah Agama Bandar Selesa Jaya, Skudai yang terjejas akibat runtuhan bumbung sekolah, bakal ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Selesa Jaya pada Ahad, sekiranya permohonan penempatan tersebut diluluskan.


Menurut Guru Besar, Mohd. Nor Hamsin, pihak sekolah sudah mengemukakan permohonan itu.

"Pihak sekolah sudah mengemukakan surat permohonan penempatan sementara kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi mendapatkan kelulusan.

"Sekiranya permohonan itu lulus, maka kita akan mulakan semula sesi persekolahan seperti biasa Ahad ini," katanya kepada pemberita di sekolah terbabit, hari ini. Buat sementara ini, sesi persekolahan mereka ditangguh sehingga Khamis.

Beliau berkata, kerja baik pulih bumbung di dua blok bangunan sekolah tersebut akan dilakukan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) yang dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan untuk siap.

Mohd. Nor menambah, enam murid lelaki yang cedera akibat kejadian tersebut kini dilaporkan stabil dan telah pulang ke rumah masing-masing setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah.

Kejadian kira-kira 3.40 petang itu berlaku sejurus murid-murid memulakan sesi pembelajaran pada pukul 3.30 petang. Ia turut menyebabkan tiga buah kereta guru rosak akibat dihempap bumbung.

Sumber : BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 29, 2022 at 4:40 AM

Kadyar – online casino | Kadangpintar
Kadyar · Casino · Slot machines. · The casino has over 온카지노 80 slots, with some slot machines that worrione are more than 400x the size of a typical slot machine. · 인카지노 The

Post a Comment

Search This Blog

Followers

Subscribe Me

Subscribe via RSS Feed If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. SMKTIZ - All Rights Reserved
Template Oktar Oleh Zulbmohd
Proudly powered by Blogger